Blogger Templates

30 March 2011

rinDoo!! ;(

aku rindu wajah mu..
aku rindu gelak tawa mu..
aku rindu kasih syg mu....
aku rindu ingin mkan besama mu...
aku rindu ingin tgk tb mlm2 same dgn mu...
aku rindu ingin solat jemaah dgn mu...




AKU RINDU MU AYAH!!!!



"abg nan family doa an ayh cepat sembuh!!"

ayah i miss u!! ;(

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Ulang Chorus

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Ulang Chorus

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

20 March 2011

song 4 my father...

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Ayah Cepat Sembuh Ye...
Sayang Ayah!!!
Kiteowg at cini Doa an Ayah cpt sembuh!

09 March 2011

berjuta batu ;)

Berjuta batu jauhnya
Akanku tinggalkan cinta dan rindu
Padamu kasih
Aku berjanji
Akan tetap setia selalu

Berjuta batu jauhnya
Akan kutinggalkan dirimu
Tujuh lautan akan kulintasi
Demi suatu pengorbanan

Bunga-bunga berguguran di sinar bulan
Akan kubawa untukmu segalanya
Taburkanlah bunga di pusaraku
Andai tiada kupulang
Cintamu tetapku kenangi
Walaupun hingga akhir nanti

(*) Repeat

04 March 2011

Fakta Kucing N Lelaki ... ;)

Kucing Dan Lelaki

Jika Perempuan mahu MEMAHAMI lelaki,cuba lah baca sampai habis...



Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

Sila baca fakta di bawah:



1) Kucing jantan suka dibelai.

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...

Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya.
 
Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.


2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
 
Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar.
Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.

Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang.
Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah.
 
Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur

Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit).
 
Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur.
 
Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya kan???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.


4) Kucing jantan kuat merayap
 
Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah).
Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni
tak sama dengan kucing).
 
tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri.
 
Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???
TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan.
Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. 
 
Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies,
kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu.
 
Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia.
 
Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa

Ermmm, ni memang sangat2 betul.
Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa.
 
Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan).
 
Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa.Nanti kena cakar!!!
 
Janganlah memaksa lelaki.
Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau.
Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki.
 
Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa.
Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki.
 
Lelaki ni kan ada otak kan....
Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka.
 
Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!


9) Kucing jantan ada yang ego
 
Kucing juga ada ego mereka.
Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini",(kalau time ia tak lapar),
mampus ia nak datang kat kita.
 
(lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated).
Kalu kita kejar, ia akan lari.
 
Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita.
Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. 
 
For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati
mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. 
Mereka perlu dihormati.



nie semua fakta jew
heee.. ;)
TIADA YANG BETOL MELAINKAN YANG BETOL...
kukukukukukukuku ;)
 
 
dis is my 
''Meowwwww..'' 
lurb u meow!!! hee ;)